Thursday, December 25, 2008

Pertemuan Dua Keluarga Melakar Memori Bahagia Dua Guru

Jerteh- Jumaat, 26 Disember 2008: Satu pertemuan yang akan menjalinkan ikatan kekeluargaan telah di kampung Seberang Jerteh, Terengganu. Pertemuan itu adalah antara keluarga lelaki Mohammad Faiz bin Hazman dengan keluarga sebelah wanita, Zalzalah.

Rombongan pihak lelaki dijangka akan sampai sekitar pukul 4.00 petang.
Pihak lelaki akan membawa sepasang kain tanda ikatan perkenalan, manakala pihak perempuan juga akan membalas sepasang kain tanda persetujuan dua mempelai bakal di satukan suatu hari nanti. Berita Hairan mendapat tahu, pada masa sekarang, pihak sebelah wanita sedang sibuk menyediakan hidangan yang lazat-lazat kepada keluarga kaum lelaki manakala pihak lelaki pula sedang sibuk menyediakan kelengkapan untuk dibawa kepada pihak sebelah wanita. Perbincangan dan kata sepakat di antara keluarga sebelah lelaki sedang berjalan supaya tidak berlaku sebarang kekecohan sebelum bertolak ke Jerteh lepas solat Jumaat sebentar lagi.

Berita Hairan juga mendapati majlis ini dilakukan atas desakan Mohammad Faiz kerana beliau dan bakal isteri beliau akan mula bertugas pada awal tahun hadapan. Mohammad Faiz akan ditugaskan di Sarawak, manakala Zalzalah ditugaskan di Johor Bahru. Perpisahan yang jauh antara bakal dua mempelai ini menambahkan kegusatan di hati mereka. Untuk menghilangkan kerinduan kedua bakal mempelai ini, Mohammad Faiz akan sentiasa menelefon Zalzalah. Mohammad Faiz juga membawa gambar ke Sarawak untuk ditatap bila rindu mebelenggu jiwa. Begitu juga dengan Zalzalah.

Petang ini, satu persetujuan dua keluarga akan dibuat, dan juga tarikh perkahwinan mereka juga akan dibincangkan. Rakan-rakan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan juga kebahgiaan mereka. Amin....

Kepada rakan-rakan, marilah kita sama-sama mendoakan mereka berdua cepat kahwin dan kita semua dapat makan nasik minyak...

Haaaaa... apa lagi... pukul kompang tu...

PAKKK PAKKK PUNGGG PUNGGG PAKKK PAKKK PUNGGG PUNGGG

1 comment:

tuan empunyer diri...... said...

aduh la weiiii saing2...malu weh ambo doh publish cito hidup ambo...sero supo artis la plk...mekasih la saing2 weh...doakan kami bertemu jodoh dan ke jinjang pelamin...insyallah....