Thursday, July 31, 2008

Kehilangan Besar dalam Dunia Kesusasteraan Negara




Kita semalam telah kehilangan seorang tokoh Sasterawan Negara yang agung yang ke 9. Pemergiannya amat dirasai dalam dunia Kesusasteraan Negara. Beliau mempunyai ketokohan yang amat berbisa di dalam dunia Kesusasteraan Negara. Banyak karya-karya

beliau yang menjadi rujukan pada tokoh-tokoh sastera muda.




Nama sebenar ialah Syed Othman b. Syed Omar. Dilahirkan pada tahun 1938 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan. Mula melibatkan diri dalam bidang kesusasteraan di antara tahun 1953 dan 1954. Mempunyai minat yang mendalam pada karya ASAS 50, khususnya karya Keris Mas dan Usman Awang. Berkelulusan Sarjana Sastera (Kesusasteraan), Universiti Sains Malaysia dan memperoleh Ijazh Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam bidang kreatif, beliau lebih terserlah dalam penulisan cerpen dan novel. Cerpen pertamanya yang pernah tersiar berjudul Pembalasan yang disiarkan oleh majalah Tunas , Bilangan 54, bertarikh 5 Sept 1954.




Antara antologi cerpennya ialah 13 Cerpen (1970), Surat (1979). Antara novelnya yang telah diterbitkan ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Beliau pernah memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun-tahun 1972, 1973, dan 1975. Beliau telah menerima SEA Write Award pada tahun 1990. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah juga menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebelum bersara. Karya terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir ialah novel ‘Orang Kota Baharu’.




Pada tanggal 31 Julai, 2008, sasterawan negara Syed Othman Syed Omar, 71, atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi hari ini.Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah di Hospital Serdang pada 12.05 pagi hari ini, selepas dua minggu dimasukkan ke wad khas pesakit jantung.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berumur di antara 25 hingga 45 tahun.Menurut Bernama, S Othman Kelantan mula aktif menulis sejak berusia 14 tahun telah menghasilkan puisi, cerpen, novel dan esei kritikan. Sehingga kini karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Rusia, Jepun, Vietnam, dan Cina.




Pemergian beliau amat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Dunia Kesusasteraan seperti kehilangan satu permata yang amat berharga yang tiada nilainya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang soleh. AL-FATIHAH.


Senarai Sasterawan Negara:

Wednesday, July 30, 2008

Renungan untuk kaum HAWA


Ditujukan kepada semua perawan-perawan dan mereka yang merasakan dirinya gadis.: RENUNGKANLAH

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Ambillah ini sebagai satu pedoman untuk anda menjalani hidup anda seharian. Jangan anggap diri anda semua itu lemah. Walaupun lemah Dari segi fizikal, tapi doa anda sungguh mustajab. Sungguh tinggi martabat kaum wanita jika ianya pandai menjaga maruah diri dan juga keluarganya…

Monday, July 28, 2008

COUPLE OF THE YEAR

Mari-mari sini semoo rapat-rapat, ambo nok koba so perkaro ni. Perkaro ni loni duk heboh doh dikalange saing-saing kito. Rato-riti doh ore duk gege. Cumo ambo ari ni nok jadi tuke pecoh crito ni. Haaa… mari pakat dengar belako. Sebelum ambo nok start cito ni, ambo nok tanyo dulu. Kenal dopp saing kito namo PAIHRP? Ore sohor maso duk ngaji di UM dulu. Dio jugok tigo taun pege anugerah awok-awok terbaik. Dop kenal jugok ko??? Kalu dop kenal jugok tok soh jadi ore… hahaha… ambo kecek ni atas dasar saing.


Loni PAIHRP ni jadi cikgu doh. Dio duk ngaja di Pantai Remis, Perok. Ore stedy, muko hensem, pah jadi cikgu pulok, sapo dop gilo. Ko guano. Tapi mitok maah la adik kakok hok ado luar deh. Abe Paih kito ni baru jah bertemu dengan buoh hati dio. Buoh hati dio PERGHHH… jugok seorang cikgu. Meme nyesal la hok mano dulu dop se ejah paih awal-awal. Loni melepas belako. Dop soh duk triokkk la. Paih tidok akan berpaling lagi. Dia akan terus bersamo denge mungkin bakal menjadi permaisuri hidup dio.


Sapo??? Jange duk pikir lagi. Ambo nok bui HINT!!! Dulu. Pah demo pikir dan teko deh. Gewe dio ni cikgu. Duduknyo di Jerteh, Terengganu. Tuan dio comel lote. Muko manis dan berehi senyum. Kalu jupo dio jare dio dop senyum. Senyum memanje. Perkenalan paih nga pengarang jantung dio ni bermula di kolej 10, UM. Lepah tu plok demo ni pulok so kelas. Jupo sokmo.
Aikkk… Aikkk… senyum doh tu. Supo nga napok doh deh sapo gewe paih ni. Kalu beraso tahu, cubo teko. Aloh la gambar tebeng-tebeng depe tuh aloh la. Cekak dop kenal. Sapo dio? Jamilah! Wah Jamilah mano plok. Paih pun dop kenal sapo Jamilah ni. Teko ngarut demo ni. Karut. suko-suko jah.


Cubo teko plok. Kalu betul ambo bui kad ngele paih nikoh. Hahaha. Kalu nok cepat royat ko ambo. Cepat. Sapo dio? Zalah!!! Pandai demo teko. Nati paih bui kad nikoh dio ko kawe, kawe forward demo plok, jange risau. Bakpo demo suko?


Jolo hok demo kato tuh. Kecek ni doa. Yak dio duk ngaji lagi kito duk maKKKe duo tu deh. Last-last jadi jugok. Alhamdulillah. Kito doa-doa lah ko saing kito duo ni supayo kekal dan jugok bahagio. Insya’Allah. Kito pakat duk doa. Ambo pun suko tengok saing-saing ambo bahagio ni. Buke gapo, bilo demo tu gembiro, ambo pun gembiro jugok.
Buat abe Paih dan Kak Zalah, ambo sentiasa doakan kebahgiaan dan kesejahteraan demo berduo. Kalu ado rancang gapo2 doh tu jange duk lupo ko saing-saing ni deh. Wokeh… ambo sibuk bena ni. Nati ambo sambung plok story ‘COUPLE OF THE YEAR’ ni. Tunggu…. TO BE CONTINUED