Monday, June 30, 2008

Gejala Murtad Makin Menjadi-jadi



Gejala murtad semakin hari makin bertambah. Makin ramai anak-anak muda yang keluar dari islam. Golongan aties, ghotic, dan juga freethinker juga bertambah menghantui remaja kita. Mereka semua ini tidak mempercayai kewujudan tuhan. Kenapa hal ini berlaku? Adakah ini semua berpunca dari salah didikan agama dari ibu-bapa?



Mari kita selak kembali sejarah murtad di Malaysia. Pada tahun 1946, heboh satu Malaya apabila seorang gadis Melayu yang cuba dimurtadkan oleh penjajah Inggeris. Gadis cantik molek itu bernama Natrah. Ketika itu Tanah Melayu diperintah oleh orang Inggeris. Satu Malaya berkumpul di Singapura untuk menentang kes murtad ini.



Mereka sanggup berkumpul depan kedutaan British di Singapura untuk memprotes dan juga melawan kes ini. Penduduk Malaya berhimpun selama berminggu-minggu untuk melawan pencabulan kepada agama ISLAM. Mereka tidak mahu kesucian agama Islam akan tercemar selepas berlakunya satu kes murtad. Itu pun hanya satu kes sahaja sepanjang pemerintahan British di Tanah Melayu.



Selepas pemergian British, Tanah Melayu dimerdekakan dan ditadbir oleh kerajaan Melayu iaitu UMNO. Perjuangan UMNO memang disangjung tinggi kerana dapat membebaskan Tanah Malayu dari penjajah. Usaha memerdekakan Tanah Melayu bukanlah satu perkara yang remeh tetapi mengekalkan kemerdekaan lagi berat.



Ogos 2008, genap 51 tahun Negara Malaysia Merdeka. Tetapi adakah kemerdekaan yang dikecapi 51 tahun ini dapat membayar penat jerih pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu? Pejuang-pejuang dahulu sanggup berperang untuk mendapat ketuanan pada tanahair sendiri. Mereka juga menggadai nyawa untuk meninggikan syiar Islam. Tetapi kini apa sudah jadi pada anak bangsa kita.



Sejak pemerintahan Melayu, Islam di Malaysia ini, gejala murtad makin menjadi-jadi. Tahun 2007 sahaja mencatat seramai 250,000,00 yang memohon untuk keluar dari Islam.Kenapa semua ini berlaku, sedangkan semasa pemerintahan British hanya seorang sahaja yang murtad, tetapi sejak pemerintahan Barisan Nasional, ianya sangat-sangat meningkat. Ikuti 2 kes ini.





Kes 1




Nor'Aishah Binti Bokhari



Saya, BOKHARI BIN MD. TAHIR, adalah ayah kandung kepada NOR'AISHAH BINTI BOKHARI. Nor'Aishah berumur 25 tahun dan sejak lulus Diploma In Banking, dari Institut Teknologi Mara (ITM) dia bekerja di sebuah bank di Jalan Ampang dan tinggal dengan kakaknya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Saya dan anak saya adalah orang Melayu beragama Islam.



Pada pagi hari Rabu 19 November 1997 saya telah menerima panggilan telefon daripada Nor'Aishah (ketiak itu saya berada di rumah saya di Pontian, Johor) yang memberitahu saya bahawa dia hendak memeluk agama Kristian Katholik. Dia juga memberitahu dia sedang berada di alamat 492, Jalan Semarak 10, Taman Panchor Jaya, Seremban.



Saya, isteri saya (ibu kandung Nor'Aishah) dan abang Nor'Aishah bergegas pergi ke Seremban pada petang itu juga. Kami mendapati keadaan Nor'Aishah sangat lemah, letih dan sugul. Di rumah tersebut ada seorang wanita separuh umur berbangsa India bernama Puan A yang kami percayai adalah tuan rumah tersebut.



Apabila nyata Nor'Aishah nampak keliru setelah mendengar nasihat dan peringatan dari kami, wanita tesebut lantas memberi perangsang serta dorongan kepada Nor'Aishah antaranya bahawa dia sudah dewasa dan mempunyai hak untuk memilih agamanya sendiri.



Dalam pada itu Nor'Aishah sentiasa merenung gambar Jesusu yang tergantung di dinding rumah tersebut sambil mengucap sesuatu secara perlahan. Nor'Aishah enggan mengikut kami pulang dan meminta kami pergi ke pejabat seorang peguam di penabatnya dekat Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Dia berkata peguam tersebut sedang menasihatinya bagaimana hendak menukar agamanya ke Kristian.



Keesokannya 20 November 1997 kira-kira jam 11.00 pagi kami telah pergi ke pejabat peguam tersebut. kami telah terserempak dengan Nor'Aishah di bawah bangunan pejabat peguam tersebut. Bersama-samanya adalah Puan A dan dua orang lelaki Cina. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa seorang adalah anaknya bernama Mr J dan seorang lagi menantunya bernama Mr M.



Saya telah menarik Nor'Aishah mengikuti saya. Kekecohan berlaku apabila lelaki-lelaki tersebut cuba menghalang saya. Kebetulan sebuah kereta peronda polis lalu berdekatan dan mereka telah melerai kami. Saya kemudiannya telah membawa Nor'Aishah pulang ke Johor Bharu.



Nor'Aishah memberithau bahawa pada 22 Oktober 1997 menerusi peguam Mr L tersebut dia telah mengikrarkan suatu Surat Akuan dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan mengambil nama Aishah Felicia Bokhari. Nor'Aishah juga memberitahu bahawa dia telah berhenti kerja pada 29 Oktober 1997.



Setelah mendapat nasihat dari pihak-pihak bertanggungjawab dan setelah Nor'Aishah nampak pulih dan bertaubat saya telah membawa dia ke Pejabat Agama, Johor Bharu di mana Nor'Aishah mengakui bahawa dia membuat Surat Akuan tersebut ketika menghadapi tekanan mental dan psikologi. Oleh kerana kami inginkan Nor'Aishah betul-betul insaf kami tidak mengenakan sebarang tekanan ke atasnya dan turut memberinya kebebasan menghubungi kawan-kawan dan saudara-maranya.



Semasa Nor'Aishah berada di pangkuan keluarganya, Mr L telah mengambil tindakan Habeas Corpus terhadap saya, isteri saya, anak lelaki saya dan adik lelaki saya mendakwa kami menahan dan mengurung Nor'Aishah secara salah. Mr L sendiri yang mengikrarkan afidavit untuk permohonan ini dan tindakan di failkan oleh seorang peguam lain.



Antara lainnya Mr L menyatakan bahawa dia 'dilantik untuk memberi nasihat kepada Nor'Aishah berkenaan pertukarannya kepada agama Kristian' dan untuk tujuan itu ' telah menyediakan satu Surat Akuan untuk beliau (Nor'Aishah) menolak dan meninggalkan agama Islam'.



Mr L juga menegaskan bahawa Nor'Aishah mempunyai hak dan kebebasan untjuk menganut agama pilihannya. Pada 30 November 1997 kira-kira 8.00 malam Nor'Aishah telah keluar dari rumah saya dan sejak dari itu telah menghilangkan dirinya.



Melalui peguamnya, kami mendapat tahu bahawa Mr J yang mengakui sebagai tunang Nor'Aishah telah menelefon beliau pada hari yang sama memberitahu bahawa Nor'Aishah telah dapat melarikan dirinya dari rumah saya. Mr J juga mengatakan bahawa Nor'Aishah berada di tempat yang selamat dan tersembunyi.



Sehingga sekarang saya tidak tahu di mana Nor'Aishah berada dan bagaimana keadaan keselamatan dan kesihatannya. Mr J adalah seorang Penolong Pengurus (Asst. Manager) di sebuah bank dekat Jalan Ampang tetapi tidak dapat dihubungi kerana dia telah mengambil 'cuti panjang' sejak akhir tahun 1997 sehingga sekarang.



Mr J dalam laporan polisnya mengenai kejadian di bangunan syarikat guaman itu telah menyatakan bahawa Nor'Aishah ingin keluar Islam dan akan berkahwin dengannya. Bagaimanapun yang menghairankan Nor'Aishah tidak pernah memberitahu kepada keluarga saya termasuk kepada kakaknya akan perkara ini.



Atas apahal sekalipun sekiranya benar Nor'Aishah ingin berkahwin dengan Mr J, saya tidak akan menghalangnya tetapi mr J dan keluarganya hendaklah menghormati undang-undang dan gama Islam bukannya dengan cara mempengaruhi anak saya untuk meninggalkan Islam dan memeluk agama Kristian.



Semasa bersama kami Nor'Aishah memberitahu bahawa ibu Mr J, Puan A banyak memberi pengajaran agama Katholik kepadanya. mereka juga telah membawa Nor'Aishah ke gereja di Seremban beberapa kali. Di gereja tersebut Nor'aishah berjumpa dengan beberapa orang gadis Melayu-Islam.



Tindak-tanduk Mr J dan keluarganya akan menjejaskan hubungan harmoni diantara kaum di negara ini dan berkemungkinan akan mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini kelak. Saya merayu kepada Nor'Aishah agar insaf dan kembali ke Jalan Allah. kami amat menyayanginya dan bersedia membimbingnya. Jangalnah kerana menurut hati Nor'Aishah membuang segala-galanya, dunia dan akhirat.



Kepada Mr J dan keluarganya saya merayu sebagai seorang ayah dan seorang insan janganlah putuskan kasih sayang kami dengan anak kami. Nor'Aishah mempunyai ayah dan ibu serta adik-beradik dan saudara mara yang lain. Berilah nasihat yang membina dan bukannya untuk menghancurkan keluarga kami.



PETIKAN:-AKHBAR AL-HARAKAH (Keluaran Jumaat 24 Ramadhan 1418/23 Jan 1998)





Kes 2



Azlina Jailani @ Lina Joy?



Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.



Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam.



Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.



Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.
Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-Mei-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.



Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa.



Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.



Fakta kes



Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.
Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.



Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.



Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-September-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.



Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.



Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.



Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.



Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.



Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.



Implikasi dan definisi 'Individu'



Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya.



Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;



Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak releven.



Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.



Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.



Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.



Mengapa kes Lina Joy?



Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapai ianya telah di’marketing’kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.



Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.



Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.



Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.



Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah.



Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.



http://www.becketfund.com/, http://www.malaysianbar.org.my/, http://www.bernama.com.my/ menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.



Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;



Malaysian Bar Council All Women’s Action Society (AWAM)


Sisters in Islam (SIS)


Catholic Lawyers Society Interfaith Spiritual Fellowship Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)


Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) National Human Rights Society (HAKAM)


Pure Life Society Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


Vivekananda Youth Movement, Seremban Women’s Aid Organization (WAO)


Women’s Development Collective (WDC)



Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.



Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member.
Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…



Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil beguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.



Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;
"…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”


Itu adalah 2 kes yang menggemparkan rakyat Malaysia. Bagaimana pula dengan Sufiah Yusof? Dan mereka yang lain-lain? Sudah pedulikah kita dengan gejala MURTAD??? Marilah sama-sama kita menegakkan agama Islam dengan memerangi gejala murtad ini. Jika ianya tidak dibendung, gejala murtad ini akan menjadi satu nanah yang membusuk dalam Islam...



Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata dalam isu ini. Kita juga perlu berkerjasama dalam membanteras isu ini. Pihak kerajaan tidak bersalah dalam hal ini kerana pihak kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada orang murtad.



Kerajaan juga tidak bersalah dalam isu ini kerana pihak kerajaan masih lagi menggunakan dasar kebangsaan iaitu seseorang bayi itu lahir beragama Islam jika ibu dan ayahnya Melayu, tetapi dia boleh memilih agama sendiri jika dia sudah berumur 18 tahun.



Pihak kerajaan juga tidak bersalah kerana dia menghalalkan segala bentuk hiburan di Malaysia ini. Pihak kerajaan juga tidak bersalah kerana mereka mendiamkan diri pada gejala murtad di Malaysia ini tanpa mengambil apa-apa tindakan kerana pihak kerajaan mengatakan itu adalah HAK ASASI MANUSIA dan terdapat dalam perundangan kebangsaan yang diamalkan di Malaysia kini. Bagaimana pula dengan HAK ISLAM…



Terima Kasih pihak kerajaan kerana telah dapat menubuhkan satu lagi bangsa iaitu MELAYU KRISTIAN!!!

Thursday, June 26, 2008

Hidup UMNO di bawah kepimpinan PAK LAH







Kian hari makin ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikan harga barang. Puncanya adalah kenaikan harga petrol. Tiap-tiap hari rakyat di Malaysia menggunakan petrol. Semua kerja dan bentuk penghantaran menggunakan petrol. Hal ini menyebabkan semua harga barang naik secara mendadak.




Sebelum timbulnya isu kenaikan harga petrol, Malaysia bising dengan kenaikan harga beras. Beras melambung dua kali ganda dari biasa. Untuk menyelesaikan masalah itu, pihak kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan memakan nasi, dan digantikan dengan makanan lain. Adakah itu satu penyelesaian masalah yang terbaik? Cuba renung sejenak…




Bagi tujuan kononnya tidak membebankan rakyat juga, pihak kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan kerajaan. Hal ini katanya sedikit sebanyak akan mengurangkan penderitaan rakyat. Adakah itu juga satu daripada penyelesaian yang terbaik? Jika diikutkan, hanya 2 juta sahaja rakyat Malaysia yang berkerja di sektor awam. Dan kenaikan ini hanya dirasai oleh 2 juta rakyat sahaja. Bagi mereka yang bekerja di sektor pertanian. Rakyat yang menorah getah, menanam padi dan sebagainya, bagaimana? Adakah dengan menaikan gaji kakitangan kerajaan akan dapat membela mereka ini? Fikir… Fikir…




Pihak kerajaan menganggap rakyatnya bodoh. Sebab itulah sewenang-wenangnya mereka mahu menindas rakyat. Senario sekarang, bagi mereka yang sudah kaya, mereka bertambah kaya, dan mereka yang miskin bertambah miskin. Segala bentuk kewangan akan dimasukkan ke dalam poket mereka. Rakyat hanya melangut mereka hasil titik peluh mereka dirampas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.




Kita lihat perjuangan UMNO sekarang tidak sama dengan perjuangan UMNO yang dahulu. Semangat UMNO dulu lebih hebat dari pelapis UMNO sekarang. Orang UMNO dahulu memperjuangkan Malaya dengan darah dan tidak mempunyai kepentingan meterialistik. Mereka benar-benar ikhlas memerdekan tanah Melayu daripada penjajah. Tetapi apa sudah jadi dengan UMNO sekarang? Adakah UMNO sekarang masih relevan? Tepuk dada tanya IMAN.




Perjuangan UMNO sekarang mesti diubah. Bukankah mereka mengatakan Melayu itu ISLAM? Kenapa UMNO hanya memperjuangkan Melayu tetapi tidak ISLAM. Bangsa mereka lebih pentingkan daripada agama. Sebaiknya kita perjuangkan benda yang lebih besar lagi. Bangsa hanya diadakan untuk manusia kenal mengenal, tetapi ISLAM ini SYUMUL, untuk semua. Dan ada harga apa bangsa diakhirat nanti? Renunglah sikit brader!!!




Undang-undang ISLAM haruslah diberi keutamaan. Tetapi kerajaan sekarang masih lagi menyatakan bahawa undang-undang kebangsaan adalah yang terbaik. Bukankah undang-undang kebangsaan ini dibuat oleh LORD REID? Dalam buku ‘Malaysia: direct and in direct rules’ hasil tulisan Robert Adminson dari Universiti Harvard yang ditulis pada tahun 1937 menyatakan tentang semangat ketuanan Melayu. Bukankah Malaysia mula dibentuk pada tahun 1963? Bukankah pelik itu. Adakah undang-undang Malaysia sekarang adalah inspirasi orang Melayu? ataupun penjajah? Mana lebih baik undang-undang yang diciptakan oleh penjajah ataupun undang-undang yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Lu pikir la sendiri…




Orang UMNO jangan meninggi diri sangat. Kerajaan bawah pimpinan PAK LAH makin goyah sekarang. Mereka kena ingat, tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan ALLAH S.W.T… TAKBIRRR!!!!

HIDUP PAK LAH… NAIKKAN LAGI HARGA BARANG…
HIDUP UMNO… TERUSKAN MENINDAS RAKYAT…
HIDUP BN… TERUSKAN BERI PROJEK-PROJEK MEGA KEPADA KRONI…
BIAR RAKYAT TERLOPONG dan TERUS MENEROPONG

Naikkan lagi harga minyak!!!







Kenaikan harga minyak-Respon Menteri KDNHEP

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc.

(Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen:

Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.



i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.

5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.

70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).



Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.

7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.
(subsidi)
= RM 59.

50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.

92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.

20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.




ii) Kereta di bawah 2.

0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.
08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.

70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari.

(jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.

7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.
08 (subsidi)
= RM 271.

92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.

92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.

32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.



Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.



Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.



Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.

5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.

5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.

08 (subsidi)
= RM 595.

92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.

5 hari
= RM 460.

80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.
Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunaan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.

Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.




2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.




Komen:
Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.




3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.




Komen:
Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buat keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat.
Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi

Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim sana, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat sana dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.




4) Last sekali, ubah gayahidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)

Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak.

Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??

Saya rasa la yang kena ubah gayahidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.







"HIDUP UMNO... HIDUP BN... HIDUP PAK LAH"

Fakta-fakta yang mungkin ada tidak tahu


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Wednesday, June 25, 2008

Renungkanlah wahai anak...




Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ..... aku ingat pasangankuSelalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon
IbuSelalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untukIbu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun akumampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatanlagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat akukirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.