Tuesday, May 27, 2008

Nyamuk oh Nyamuk


Ketika ini ramai rakyat Malauysia yang terkena demam denggi. Penyakit ini semua angkara nyamuk. Nyamuk merupakan serangga yang membawa penyakit. Nyamuk ini membawa bermacam-macam penyakit, seperti demam denggi, demam malaria, pencairan darah dalam badan, dan juga radang pada otak (Japanese encephalitis).

Kita sangat benci kepada nyamuk ini. Kita menghabiskan ratusan ringgit untuk menghapuskan nyamuk ini. Tetapi adakah kita sudah kenali nyamuk? Jom Baca kisah sejarah nyamuk...

Aku adalah kumpulan serangga. Kumpulan aku juga boleh dikatakan kumpulan kongsi gelap sebab kami tinggal di tempat gelap. Aku sejenis binatang kecil yang badan bertekung tiga dan berkaki enam serta beruas-ruas. Aku diklasifikasikan di bawah kumpulan serangga. Nama ‘Mat Salleh’ aku ialah ‘Mosquito’. Aku mempunyai 2700 jenis kawan. Kawan-kawan aku ialah Aedes, Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus dan lain-lain. Semua kawan-kawan aku ini popular, tetapi kawan aku yang satu ini lagi popular. Popularnya boleh diletakkan sebaris dengan artis-artis tempatan. Untuk mendapatkannya juga amat susah dan mahal. Ianya dipanggil ‘Skuter Mosquito’.

Aku mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), tubuh aku juga sangat langsing. Aku juga mempunyai enam kaki yang panjang tetapi bersaiz berbeza-beza. Sayap aku cantik dan panjangnya tidak melebihi 15 mm. Aku melalui empat tahap pembesaran, aku bermula dari telur kemudian kepada larva dan bertukar pula kepada pupa, dan terus dewasa. Bini aku mempunyai muncung yang agak panjang berbanding diriku. Usia kaum aku yang paling tua ialah selama 30 hari dan paling muda 4 hari. Berat aku hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Aku hanya mampu terbang 1.2 hingga 2.5 kilometer sejam.

Aku juga istimewa kerana kawin di atas udara, tetapi bertelur di dalam air. Tiada makhluk lain yang dapat kawin atas udara seperti aku. Sehebat-hebat angkasawanpun kawin atas bumi. Aku juga lebih hebat dari gajah walaupun aku lebih kecil dan lebih rapuh dari gajah. Gajah hanya mempunyai tiga bahagian badan iaitu empat kaki, satu belalai, dan satu ekor. Namun aku selain mempunyai ketiga-tiga anggota tubuh itu, aku juga mempunyai belalai yang amat tajam dan mampu menembusi kulit manusia yang tebal.

Aku juga mempunyai deria bau yang sangat kuat. Sehinggakan dalam gelappun aku dapat menghidu dan mencari mangsa. Aku tahu di antara bau manusia dan bau binatang.
Aku mampu menyebarkan banyak jenis penyakit merbahaya. Kuman yang aku bawa boleh menyebabkan pencairan darah dalam badan manusia, demam malaria, demam denggi, demam kuning, radang pada otak (japanese ecephalitis), dan bermacam lagi penyakit merbahaya. Semua penyakit ini adalah bawaan aku. Walaupun aku ini sejenis serangga yang kecil, tetapi ia mampu mengundang maut kepada manusia.

Raja Namrud yang zalim pada zaman Nabi Ibrahim a.s juga tewas di tangan kaum aku. Raja Zalim yang mengaku dirinya tuhan ini tewas apabila moyang aku seekor sahaja masuk ke dalam telinganya. Menyebabkan dia merasa amat sakit dan terus mati.

Pemimpin komunis di kambodia yang kekejamannya sama hebat dengan Hitler iaitu Pol Pot juga mati disebabkan kaum aku. Pol Pot mati kerana demam malaria. Walaupun Pol Pot ini hebat dan telah membunuh 1.3 juta rakyat di kambodia tetapi dia mati di muncung moyang aku juga.
Pada tahun 1997, kerajaan di Malaysia telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membunuh kawan aku yang bernama Culex. Disebabkan Culex ramai manusia yang mati kerana terkena kuman bawaannya. Culex membawa kuman daripada babi dan menyebarkannya kepada manusia. Kuman itu menyebabkan penyakit panyakit Japanese Encephalitis (JE) atau radang otak.Sehebat-hebat manusiapun terkorban juga dengan kaum aku.

Ramai manusia amat benci kepada aku. Ada manusia yang bencikan sangat pada aku ini sanggup membakar hartanya sendiri. Itu yang keluar pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar, tidak cukup dengan kelambu, rumahpun kena bakar sebab aku. Tak percaya? Kan ada banyak rumah yang terbakar akibat ubat nyamuk. Itupun sebab aku juga. Benci sangat manusia kepada aku.

Aku tengok manusia dari segi emosi cukup benci dengan kaum aku. Sehingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit mencari racun yang berkesan untuk membunuh kaum aku, tetapi dari segi fizikalnya aku tengok macam menggalakkan lagi pembiakan kaum aku. Tempat aku bertelur mereka sediakan. Tempat kotor mereka hidangkan. Aku juga naik pening dengan perangai manusia.

Aku juga cepat membiak. Tetapi umur aku tidak sepanjang muncung aku. Kalaulah Allah jadikan aku umur panjang, mungkin ramai lagi yang rebah di tangan kumpulan kami. Tapi kaum aku bukanlah sejahat yang manusia fikirkan. Aku dijadikan Allah sebagai penyebab berlakunya penyakit. Kalau aku tidak menyebarkan kuman kepada manusia, sudah tentu manusia tidak akan sakit. Jika manusia tidak sakit, nescaya mereka tidak akan taat kepada Allah.

Manusia akan merasakan diri mereka amat hebat dan tidak perlu menghambakan diri kepada Allah jika mereka tidak mendapat musibah atau penyakit. Sebab itulah aku membuatkan mereka sakit.

Manusia sepatutnya berterima kasih kepada aku kerana sebab aku mereka dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. Allahkan berjanji jika umatnya menerima sebarang penyakit, itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang mereka lakukan.

Aku juga makhluk ciptaan Allah, dan aku mengikut perintah Allah supaya menyebarkan penyakit kepada manusia. Aku takut kepada Allah. Aku tidak mahu ingkar arahan Allah. Walaupun aku dilihat jijik dan jahat, tetapi aku mengikut perintah Allah yang menghidupkan aku walaupun sementara sahaja.

Thursday, May 22, 2008

Sains dan Matematik adalah milik Islam


Dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 Mei, 2008, terdapat satu kenyataan MB Perak menganai isu Sains dan Matematik. Dalam kenyataan beliau, beliau tidak menafikan ada bagusnya pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tetapi pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Melayu pada asalnya dulu juga banyak melahirkan graduan yang hebat-hebat. Kenapa semua ini perlu ditukar.

Sejak tahun 1997 lagi isu Sains dan Matematik ini menjadi satu isu yang besar dalam masyarakat. Ramai ibu bapa yang setuju dan juga paling ramai yang membangkang. Kerajaan membuat dasar sedemikian kerana ingin melahirkan generasi yang lebih bijak. Hal ini kerana rujukan sains dan matematik banyak di dalam bahasa inggeris.
Dengan adanya sistem ini, pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Tetapi sedarkah kita siapa sebenarnya tokoh terhebat dalam sains dan matematik? Semuanya bermula dari al-Quran.

Tokoh teragung matematik ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Beliau adalah tokoh saintis islam dan bukannya dari negara Barat. Beliaulah yang mula-mula mempelopori bidang matematik.

KETOKOHAN AL-KHAWARIZMI

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.

‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.

Al-Amal bi’ Usturlab’

Al-Tarikh

Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Tokoh sains yang agong juga merupakan orang islam iaitu Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri atau Ibnu Haitham. Banyak karya beliau dalam sains dicedok oleh orang barat.

TEORI-TEORI IBNU HAITHAM

TEORI PENGLIHATAN (optik)
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

TEORI BIASAN CAHAYA
Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

AHLI BIDANG FALSAFAH
Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

BIDANG ASTRONOMI
Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

BIDANG FIZIK
Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

Kita patut dibangga. Apasalahnya kita menterjemahkan karya-karya mereka dalam bahasa melayu. Bukankah lebih baik segala ilmu sains yang ada dalam al-Quran kita cedok dan terjemahkan dalam bahasa Melayu?

Dengan cara ini, orang barat akan berpusu-pusu mempelajari bahasa Melayu untuk mereka mengambil ilmu dari kita. Bukankah kita akan menjadi bangsa yang maju. Inilah yang diajar dalam islam. tetapi kini kita yang beriya-iya mempelajari bahasa inggeris untuk mengambil ilmu mereka.

Bagi saya, pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini lebih membawa keburukan kepada orang Melayu. Kerana bahasa Inggerispun mereka sukar untuk kuasai, inikan pula sains dan matematik. Apa salahnya jika kita menggunakan bahasa Melayu sebagai pengajaran kedua-dua subjek ini. Dan kita gunakan rujukan sains dan matematik melalui al-Quran.

Akademi Fantasia VS Pulau Batu Putih

Konsert Akademi Fantasia akan berlangsung esok. Semua pemuda-pemuda dan petua-petua sedang sibuk membincangkan mengenai siapa yang akan menjadi juara program reality TV itu. Bermacam andaian yang dibuat.

Segenap dada akhbar pun setiap hari menyiarkan artikel tentang Akademi Fantasia. Radio pun tidak lekang menyiarkan tentang konsert yang akan berlangsung esok. Ibu-ibu dan bapa-bapa juga tidak terlepas bersembang sakan mengenai konsert ini. Adakah semua perkara ini penting? Mana penting dengan perbicaraan Pulau Batu Putih?
Ibu bapa zaman sekarang amat gembira jika anak-anak mereka menjadi penyanyi. Kononnya gaji mereka mahal. Bukanlah salah bagi saya untuk menjadi penghibur, tetapi artis sekarang banyak membawa perkara yang tidak baik kepada masyarakat. Kepada golongan artis maaf jika terasa.

Bagi saya artis sekarang menjadi idola para remaja diluar. Pada usia remaja, mereka sedang mencari identity mereka. Artis dijadikan satu idola mereka. Tetapi artis sekarang banyak sangat berpakaian seksi. Jika rasa kamu itu islam, berpakaianlah mengikut cara islam. bukankah islam itu cantik?

Kenapa pemuda-pemuda hangat membicarakan tentang Akademi Fantasia dari perbicaraan Pulau Batu Putih? Bukankah perebutan Pulau Batu Putih melibatkan maruah Malaysia? Apa yang ada dengan Akademi Fantasia. Bukanlah salah untuk berhibur, tetapi biarlah kena cara yang betul.

Perbicaraan Pulau Batu Putih yang melibatkan perebutan Malaysia dengan Singapura tidak pula mereka hiraukan. Kita sepatutnya lebih mementingkan isu ini dari isu Akademi Fantasia. Di manakah maruah kamu sebagai rakyat Malaysia?