Thursday, September 25, 2008

Juadah Raya yang Menyelerakan

Bila tiba sahaja Aidilfitri, menu yang bermain dalam kepala ialah lontong, nasi dagang, satay, dan macam-macam lagi. Semuanya sinonim dengan raya. Apa kata raya tahun ini anda semua menukar selera anda dengan membuat menu yang lain pula. Saya ada 2 menu yang sangat menyelerakan. Ianya sesuai dibuat pada Aidilfitri ini.

Sambal Udang Kedondong

Bahan-bahan:

1 kg udang besar
3 biji kedondong (dipotong mayang kasar)
5 labu bawang besar (kisar)
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar gula
3 sudu besar air asam jawa
15 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
½ cawan sos tomato
1 cawan sos cili
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang, belacan dan cili kering hingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa, gula, sos tomato, sos cili dan buah kedondong. Masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan udang dan tambahkan garam secukup rasa.

Sedap Weh… rugi tak try…


Nasi Acheh

Bahan-bahan:

1 ½ cawan beras basmati
250 gram majerin
80 gram bawang merah- hiris
50 gram bawang putih- hiris
40 gram halia-hiris
30 gram serbuk ketumbar
30 gram serbuk jintan manis
20 gram serbuk jintan putih
10 gram serbuk kunyit
2 helai daun pandan
1 ½ cawan santan cair
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Cuci beras dan tuskan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga garing
3. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit dan ketumbar
4. Apabila semua rempah sudah garing, masukkan santan, daun pandan dan garam serta beras. Tanak seperti biasa.

Hok ni Sedak jugok… Masssuk nga lauk tu.

Selamat Mencuba...
Semoga Aidilfitri 1429 hijrah ini memberikan lebih keceriaan kepada anda semua...

No comments: