Thursday, July 31, 2008

Kehilangan Besar dalam Dunia Kesusasteraan Negara




Kita semalam telah kehilangan seorang tokoh Sasterawan Negara yang agung yang ke 9. Pemergiannya amat dirasai dalam dunia Kesusasteraan Negara. Beliau mempunyai ketokohan yang amat berbisa di dalam dunia Kesusasteraan Negara. Banyak karya-karya

beliau yang menjadi rujukan pada tokoh-tokoh sastera muda.




Nama sebenar ialah Syed Othman b. Syed Omar. Dilahirkan pada tahun 1938 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kelantan. Mula melibatkan diri dalam bidang kesusasteraan di antara tahun 1953 dan 1954. Mempunyai minat yang mendalam pada karya ASAS 50, khususnya karya Keris Mas dan Usman Awang. Berkelulusan Sarjana Sastera (Kesusasteraan), Universiti Sains Malaysia dan memperoleh Ijazh Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam bidang kreatif, beliau lebih terserlah dalam penulisan cerpen dan novel. Cerpen pertamanya yang pernah tersiar berjudul Pembalasan yang disiarkan oleh majalah Tunas , Bilangan 54, bertarikh 5 Sept 1954.




Antara antologi cerpennya ialah 13 Cerpen (1970), Surat (1979). Antara novelnya yang telah diterbitkan ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Beliau pernah memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun-tahun 1972, 1973, dan 1975. Beliau telah menerima SEA Write Award pada tahun 1990. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah juga menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebelum bersara. Karya terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir ialah novel ‘Orang Kota Baharu’.




Pada tanggal 31 Julai, 2008, sasterawan negara Syed Othman Syed Omar, 71, atau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi hari ini.Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan tekanan darah rendah di Hospital Serdang pada 12.05 pagi hari ini, selepas dua minggu dimasukkan ke wad khas pesakit jantung.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berumur di antara 25 hingga 45 tahun.Menurut Bernama, S Othman Kelantan mula aktif menulis sejak berusia 14 tahun telah menghasilkan puisi, cerpen, novel dan esei kritikan. Sehingga kini karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Rusia, Jepun, Vietnam, dan Cina.




Pemergian beliau amat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Dunia Kesusasteraan seperti kehilangan satu permata yang amat berharga yang tiada nilainya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang yang soleh. AL-FATIHAH.


Senarai Sasterawan Negara:

No comments: